Pasaran Optimis Dengan Data NFP Nanti? Bacaan Tuntutan Pengangguran Ini Jadi Rujukan!

696

Sektor buruh mencatat perkembangan positif pada tahun 2021 dengan pemulihan yang berterusan dari minggu sebelumnya. Jabatan Tenaga Kerja melaporkan bahawa tuntutan pengangguran awal jatuh kepada angka 779,000 pada minggu lalu dan angka minggu sebelumnya disemak semula turun menjadi 812,000 daripada anggaran awal 847,000.

Walaupun tuntutan pengangguran turun dari bacaan tertinggi iaitu 6.867 juta pada bulan Mac, namun jumlah yang dicatat tetap berada di bacaan kemuncak iaitu 665,000 yang dicatat semasa krisis kewangan 2007-2009.

Dengan kes Covid-19 yang melonjak tinggi ke paras tinggi harian pada bulan Januari dan penurunan aktiviti ekonomi pada pertengahan bulan, namun pasaran buruh masih mampu catat prestasi yang baik.

Pasaran berharap ekonomi dapat mencipta lebih banyak pekerjaan pada bulan lalu seperti yang berlaku dalam sektor swasta. Private Payrolls telah menunjukkan prestasi yang lebih baik sehingga mengalahkan aggaran para pakar ekonomi iaitu lebihan pekerjaan sebanyak 174,000 berdasarkan Laporan Pekerjaan Nasional ADP yang dikeluarkan sebentar tadi.

Indeks US dolar terus mencatat pengukuhan ke paras tukaran 91.380 berbanding matawang utama yang didorong tinjauan ekonomi yang lebih positif.

Pasaran kini mula memberikan tumpuan pada data NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini. Pakar meramalkan pekerjaan akan bertambah sebanyak 50,000. Kadar pengangguran kekal stabil pada 6.7%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat