Pasaran Saham Asia Bermula Baik Pada Awal Minggu

140

Aliran ekuiti rantau Asia-Pasifik memulakan sesi dagangan dengan mencatat keuntungan, diterajui oleh pasaran Korea Selatan sementara indeks harga pengguna (CPI) New Zealand menjadi tumpuan di awal pembukaaan pasaran dengan melonjak 7.3% pada asas tahunan.

Kospi dan Kosdaq Korea Selatan mempamerkan pembukaan positif pada 1.19%, dengan indeks meluas MSCI Asia-Pasifik luar Jepun capai 0.32%.

Dilaporkan bahawa pasaran ekuiti Jepun ditutup pada Isnin sempena cuti umum negaranya.

Ketika sesi penutupan Wall Street tempoh hari, indeks Dow Jones Industrial lonjak 2.15% pada 31,288.26, S&P 500 naik 1.92% pada 3,863.16 dan Nasdaq Composite capai 1.79% pada 11,452.42.

Melihat graf mata wang, indeks dolar susut dari paras 109 minggu lalu untuk berada pada 107.872 berbanding sejumlah mata wang lain dengan Yen Jepun didagangkan pada 138.31 dan dolar Australia pada $0.6800.

Bagi komoditi, niaga hadapan minyak merosot dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) turun 0.66% pada $96.95 sementara Brent jatuh 0.58% pada $100.57.

Fokus Minggu Ini

Awal pagi tadi, inflasi New Zealand dilihat melonjak 7.3% pada Jun berbanding tempoh sama tahun lalu, ia merupakan bacaan tertinggi 32 tahun dan memberi bayangan kenaikan 50 mata asas oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ).

Lagi tentang pasaran Asia, pelabur menantikan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) selain keputusan kadar utama pinjaman 1 tahun dan 5 tahun China.

Pasaran Eropah pula terus berfokuskan isu gas Rusia, yang mana jika Moscow enggan menyalurkan komoditi tersebut maka harganya akan melonjak tinggi di Eropah.

Selain itu, ketidaktentuan berkenaan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat Eropah (ECB) dan bacaan laporan keuntungan syarikat juga menjadi topik hangat antara pelabur.

Tumpuan semestinya terarah kepada laporan 38 syarikat yang bakal memberi kesan kepada pergerakan indeks-indeks Wall Street.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat