Pasaran Saham Asia Tertekan Berikutan Kejatuhan Saham Wall Street

394

Pasaran saham Asia mengalami tekanan dalam pembukaan sesi dagangan pada hari Jumaat berikutan kejatuhan dalam pasaran saham Amerika Syarikat.

Bursa saham Wall Street jatuh melebihi 4% pada penutupan hari Khamis.

Indeks pasaran saham Nikkei, Jepun jatuh 2.95% pada pembukaan awal sesi dagangan. Saham-saham pembuatan kereta,kewangan, pembuatan dan teknologi semuanya mengalami kejatuhan. Saham Toyota, Fanuc Manufacturing dan saham Fast Retailing masing-masing mengalami kejatuhan 2.64%, 4.09% dan 4.02%.

Pasaran saham Korea Selatan juga mengalami nasib yang sama apabila indeks saham Kospi jatuh 2.64%. Saham Samsung Electronic jatuh sebesar 2.57%.

Saham Australia juga dibuka lemah apabila jatuh sebanyak 1.52%. Hampir kebanyakkan sektor bursa saham Australia mengalami kejatuhan.

Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini berikutan kejatuhan di Bursa saham Wall Street.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat