Pasaran Saham Dalam Unjuran Menaik Didorong Ledakan Saham Twitter

231

Indeks-indeks saham global berada dalam aliran kenaikan dengan Nasdaq dan beberapa saham pertumbuhan lain mendahului keuntungan di Wall Street.

Sementara itu, keluk hasil Perbendaharaan 2 tahun dan 10 tahun yang kekal menyongsang membuatkan pelabur kekal berhati-hati dengan isyarat kemelesetan yang mungkin berlaku dalam masa 1 hingga 2 tahun.

Saham Twitter yang meledak 27.1% selepas berita mengenai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk membeli sejumlah 9.2% kepentingannya mendorong unjuran positif di Wall Street.

Saham pertumbuhan besar lain turut menunjukkan prestasi mengujakan dengan sektor teknologi dan keperluan pengguna memberi rangsangan terbesar kepada S&P 500.

Menurut Paul Nolte, pengurus porfolio Kingsview Investment Management Chicago, pelabur dilihat setia dengan saham nama-nama besar sedia ada dan tiada tanda-tanda mereka akan beralih ke pelaburan yang lain.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 103.61 mata atau 0.3% pada 34,921.88, S&P 500 capai 36.78 mata atau 0.81% pada 4,584.64 dan Nasdaq Composite tambah 271.05 mata atau 1.9% pada 14,532.55.

Indeks STOXX 600 pan Eropah naik 0.84% dan tolok MSCI saham seluruh dunia capai 0.86%.

Di pasaran Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), nota hasil Perbendaharaan 10 tahun berada pada 2.404% sementara nota hasil 2 tahun pada 2.420%.

Ringkasan pasaran kewangan pula menyaksikan dolar membuat lonjakan buat kali ke-3 berturut-turut apabila pelabur dilihat mencari aset safe-haven.

Lonjakan pada hasil bon AS turut mendorong dolar terutamanya berbanding Yen apabila Bank of Japan (BOJ) bertindak mengekalkan hasil bon kepada sifar buat beberapa minggu.

Selain itu, Jabatan Perdagangan AS menyatakan pesanan kilang jatuh 0.5% pada Februari, menepati jangkaan.

Data bagi Januari disemak lebih tinggi untuk menunjukkan pesanan meningkat 1.5% berbanding 1.4% seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat