Pasaran Saham Di AS Makin Mengukuh

238

Pasaran saham di AS semakin menunjukkan petanda positif apabila indeks utamanya masing-masing menunjukkan kenaikan. Hal ini juga disokong oleh harga minyak dunia yang meningkat serta nilai Yuan yang kembali stabil.

Kenaikan ini telah mengatasi kejatuhan yang berlaku pada Isnin, di mana Dow Jones melonjak 371.12 mata kepada 26,378.19 mata, S&P 500 naik 54.11 mata kepada 2,938.09 mata manakala Nasdaq meningkat 176.33 mata kepada 8,039.16 mata.

Saham dalam sektor teknologi dan tenaga antara faktor utama kenaikan ini. Antara yang mencuri tumpuan ialah saham AMD yang mencatatkan peningkatan sebanyak $4.73 kepada $33.92. Kenaikan sebanyak 16.20% itu didorong oleh faktor pengenalan cip terbaru mereka iaitu EPYC yang dikatakan paling berkuasa setakat ini.

Saham lain yang turut telibat dalam kenaikan ialah Twitter (0.77%), Google (2.58%), Microsoft (2.67%) dan Facebook (2.71%).

Harga minyak pula bergerak ke paras yang lebih tinggi selepas kerajaan Arab Saudi memberi cadangan bagaimana untuk mengekang harga minyak dunia dari mengalami kejatuhan. Arab Saudi cuba menjadikan harga minyak mentah dunia kepada $70 setong.

Dalam masa yang sama, harga minyak mentah bagi West Texas Intermediate (WTI) naik 2.8% kepada $52.54 setong manakala minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras bagi harga minyak dunia naik 2.1% kepada $57.38 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat