Pasaran Saham Dunia Catat Pemulihan Walaupun Masih Dibelenggu Risiko Virus COVID-19

289

Pasaran saham serata dunia mula menunjukkan kenaikan semula pada Isnin setelah kejatuhan besar-besaran minggu lalu, ekoran spekulasi bank-bank pusat utama bakal menerapkan dasar polisi lebih longgar untuk menyokong ekonomi yang terjejas akibat penularan wabak Coronavirus.

Indeks Dow Jones telah mencatatkan lonjakan harian terbesar semalam sejak 2009, manakala S&P 500 dan Nasdaq mencatatkan kenaikan harian terbesar sejak Disember 2018.

Harga emas telah mencatatkan kenaikan sekitar 0.6% berikutan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) bakal menurunkan kadar faedah pada mesyuarat Mac dan April yang menggambarkan risiko penularan COVID-19 semakin buruk.

Sementara itu, harga minyak mentah menunjukkan kenaikan dengan jangkaan untuk OPEC+ akan bersetuju untuk tindakan pengurangan pengeluaran minyak mentah dalam pertemuan penting pada minggu ini.

Namun begitu, pelabur kekal berwaspada mengikuti perkembangan penularan wabak virus pembunuh ini yang semakin hari mencatatkan peningkatan angka kematian dan jangkitan.

Amaran yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat terhadap rakyatnya semakin membimbangkan pasaran. Terkini dilaporkan 6 kes kematian akibat Coronavirus sementara lebih 100 kes jangkitan di seluruh Amerika.

Korea Selatan juga telah mempamerkan peningkatan drastik pada angka jangkitan virus. Menurut data yang dikeluarkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea (KCDC), jumlah kes Coronavirus di negara itu telah meningkat kepada 4,813 dengan lebih 600 kes jangkitan disahkan. Jumlah kematian direkodkan 34 orang.

Di Itali, angka kematian meningkat kepada 52 orang sementara jumlah kes jangkitan disahkan 2,036 orang. Sementara kes jangkitan disahkan di Norway meningkat kepada 25 dari 16 orang.

Setakat semalam, China melaporkan jumlah kematian telah mencecah 2,943 angka korban sementara jumlah kes jangkitan adalah 80,151 kes.

Rantaian ekonomi global yang terjejas mula melihatkan bank-bank pusat utama dunia bakal menurunkan kadar faedah semasa untuk pelonggaran polisi bagi menangani impak negatif penularan wabak Coronavirus.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat