Pasaran Saham Terus Menjunam, Hasil AS Terus Melonjak

322

Pasaran saham Wall Street terus mencatat penurunan walaupun terdapat sedikit kenaikan pada lewat hari semalam (Isnin) apabila pelabur terus dibendung sentimen kebimbangan mengenai kenaikan kadar oleh Federal Reserve (Fed) menjelang Mac tahun ini.

Para pelabur terus mengurangkan pegangan aset berisiko dan menyebabkan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) mencanak ke paras tertinggi 2 tahun.

Selain itu, isyarat oleh Fed berkenaan pengetatan dasar dengan lebih cepat bagi menangani inflasi dan data pasaran buruh AS yang kukuh menjadi antara faktor penurunan pada Isnin.

Indeks purata Dow Jones Industrial susut 0.45%, S&P 500 hilang 0.14% dan Nasdaq Composite, saham teknologi yang telah mencanak dalam 2 tahun lepas ekoran kadar faedah yang rendah telah susut 0.05%.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah turun 1.48% dan tolok saham MSCI seluruh global susut 0.26%.

Menurut Arthur Hogan, ketua strategi pasaran National Holdings Corp, beliau mencadangkan pelabur meletakkan wang dalam saham kewangan, perindustrian dan tenaga kerana ia mungkin akan mendapat manfaaf daripada pertumbuhan ekonomi kukuh pada bulan mendatang.

Nota hasil perbendaharaan 10 tahun AS naik 1.8080% yang merupakan paras tertinggi sejak 2020 kemudian mengundur sedikit pada 1.7603%.

Indeks dolar naik 0.17% pada 95.957 sementara Euro turun 0.28% pada $1.13270.

Harga minyak turun namun mengekalkan keuntungan dengan kenaikan 5% pada minggu lepas ekoran gangguan bekalan akibat pergolakan di Kazakhstan dan Libya dimana harga minyak mentah AS turun 0.85% pada $78.23 setong dan minyak Brent jatuh 1.1% pada $80.87.

Bitcoin susut 0.21% pada $41,788.27.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat