Pasaran Semakin Gusar Selepas Laporan Tuntutan Faedah Pengangguran A.S Dikeluarkan!

665

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan buat kali pertama untuk faedah pengangguran berkurangan iaitu satu perkara luar jangkaan pada minggu lalu namun meningkat lebih dari paras yang dicatat 9 bulan lalu.

Walaupun peningkatan jangkitan Covid-19 telah menyebabkan lebih banyak sekatan perniagaan terpaksa dikenakan namun angka telah menunjukkan penurunan. Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini menunjukkan jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas mencatat jumlah bacaan sebanyak 787,000 tuntutan. Bacaan ini terkurang sasar dari jangkaan yang ditetapkan oleh para penganalisis iaitu 833,000. Bacaan minggu lepas juga jatuh dari bacaan minggu sebelumnya yang dicatat sebanyak 806,000.

Walaupun tuntutan pengangguran turun dari bacaan tertinggi iaitu 6.867 juta pada bulan Mac, namun jumlah yang dicatat tetap berada di bacaan kemuncak iaitu 665,000 yang dicatat semasa krisis kewangan 2007-2009. Laporan tuntutan pengangguran ini memberi gambaran keadaan ekonomi A.S. Dalam masa yang sama, laporan turut menunjukkan keyakinan penggunan menurun ke paras terendah empat bulan pada bulan Disember dan penurunan perbelanjaan pengguna dan pendapatan bulan lalu. Lantas menjadikan keadaan ekonomi A.S semakin membimbangkan.

Pemulihan dari kemelesetan ekonomi akibat pandemik Covid-19 semakin merosot kerana kelewatan yang datang dari Kongres untuk menawarkan pakej rangsangan tambahan yang berjumlah $900 bilion walaupun ia disifatkan agak lambat oleh para pakar ekonomi. Walaubagaimanapun, Donald Trump, menolak perjanjian yang dirundingkan tersebut dengan menuntut pembayaran yang lebih tinggi kepada individu.

Amerika Syarikat kini sedang dilanda gelombang baru kes Covid-19, dengan lebih dari 20 juta orang dijangkiti dan hampir 351.000 menemui kematian berdasarkan data rasmi Reuters. Pihak pentadbiran A.S telah mengenakan semula sekatan ke atas beberapa sektor ekonomi sebagai langkah untuk mengekang penularan pandemik tersebut.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama menyusut sebanyak 0.05% pada paras tukaran 89.605.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat