Pasaran Semakin Jelas Dalam Isu ‘Tapering’ Selepas Komen Fed Harker Ini!

955

Presiden Bank Fed Philadelphia, Patrick Harker pada hari Rabu memberi pandangan mengenai prospek ekonomi pada akan datang. Beliau secara peribadi berpendapat bahawa pembelian aset besar-besaran oleh Federal Reserve (the Fed) telah membantu menstabilkan pasaran sejak berlakunya penularan pandemik namun sudah tiba masanya untuk mengurangkannya.

Harker dalam penyataan tersebut menulis bahawa cenderung untuk berada pihak yang yakin bahawa sudah tiba masanya untuk melakukan tapering $ 120 bilion dalam pembelian bulanan bil Perbendaharaan dan sekuriti yang disokong gadai janji.

Harker mengatakan bahawa dia menjangkakan ekonomi A.S. akan tumbuh sekitar 6.5% pada tahun 2021 dan kemudian pertumbuhan menjadi “sederhana” kepada sekitar 3.5% pada tahun 2022.

Pegawai the Fed tersebut turut menjangkakan inflasi akan berada sekitar 4% untuk 2021 sebelum turun kepada paras 2% pada tahun 2022. Hal ini kerana terdapat indikasi bahawa harga kereta terpakai mula stabil.

Dia juga memberi amaran mengenai impak negatif terhadap ekonomi dalam jangka masa pendek jika Kogres gagal menaikkan had hutang kerana ia boleh menghambat pertumbuhan ekonomi dengan ketara.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding enam matawang utama catat pengukuhan 0.52% kepada paras dagangan 94.270 berikutan jangkaan tapering menjelang akhir tahun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat