Pasaran Semakin Khuatir! China Mahukan Perjanjian Awal Perdagangan Dapat Dijayakan!

307

Presiden China Xi Jinping dalam satu ucapannya di Beijing pada hari Jumaat, memberitahu bahawa China inginkan perjanjian awal perdagangannya dengan Amerika Syarikat dapat dijalankan bagi mengelakkan perang perdagangan. Walaubagaimanapun, jika perang perdagangan berlaku, China tidak gentar untuk membalas balik.

Para pakar ekonomi telah tampil memberi amaran bahawa pertikaian antara kedua-dua negara terbesar ekonomi tersebut telah meningkatkan risiko ekonomi global dengan menganggu rantaian bekalan, mengurangkan pelaburan dan membendung keyakian perniagaan.

XI telah menmberitahu kepada wakil forum antarabangsa bahawa “kami berhasrat untuk menjayakan perjanjian “fasa pertama” dengan Amerika Syarikat atas dasar saling menghormati dan kesaksamaan.

Pada minggu ini, pasaran kewangan global sedikit terkesan berikutan kekhuatiran terhadap perang perdagangan selepas kemajuan rundingan kelihatan semakin suram dengan ditambah jangkaan bahawa Trump akan menandatangani dua rang undang-undang yang condong kepada penunjuk perasaan di Hong Kong.

Kesepatakan fasa pertama perdagangan kedua-dua belah pihak berkemungkinan akan terus berlanjut sehingga ke tahun hadapan. Beberapa pakar perdagangan dan orang terdekat di Rumah Putih memberitahu Beijing telah meminta lebih banyak peningkatan tarif dibatalkan namun hal tersebut dibangkang oleh Washington.

Fred Hu yang merupakan pengasas Firma pelaburan global berpendapat bahawa penangguhan kesepakatan akan membawa lebih banyak mudarat. “Semakin lama masa yang diambil semakin banyak kesan tidak terjangka seperti isu yang berlaku di Hong Kong”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat