Pasaran Tanpa Hala Tuju, Ini Yang Menggerakkan Mata wang!

267

US dolar berlegar pada sekitar harga yang sama walaupun berlaku turun naik dalam kedua-dua sesi, manakala dolar Kanada terus mengukuh menjelang mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC).

Pembukaan sesi Eropah memperlihatkan indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan sedikit susut pada sekitar harga 104.05 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Pasaran kini bergerak tanpa hala tuju yang jelas, menunggu terbitan data-data ekonomi utama untuk menggerakkan mata wang sebelum acara lebih besar pada minggu depan iaitu mesyuarat polisi FOMC.

Dolar loonie mencapai paras tertinggi satu bulan berbanding greenback ketika pasaran menantikan keputusan dasar BOC yang dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Bagaimanapun, pelabur juga berhati-hati terhadap sebarang kejutan yang mungkin dilaksanakan oleh bank pusat itu untuk menaikkan kadar faedahnya.

Dalam pada itu, dolar Aussie mengukuh pada paras ketinggian tiga minggu walaupun ekonomi Australia dilaporkan berkembang lebih perlahan pada suku pertama 2023.

Ini kerana, harga masih disokong oleh keputusan Reserve Bank of Australia (RBA) yang telah meningkatkan kadar faedah ke paras tertinggi 11 tahun pada hari Selasa, dengan lebih banyak isyarat untuk kenaikan akan datang.

Sementara itu di Eropah, mata wang euro dan pound pula tidak mempamerkan banyak perubahan dalam pergerakan harga dengan masing-masing didagangkan pada sekitar harga 1.0690 dan 1.2435 berbanding US dolar.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat