Pasaran Tergamam! Data NFP Bulan Januari Di Luar Jangkaan!

1,438

Ekonomi Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan mencatat bacaan pekerjaan bulan Januari yang mengejutkan dengan berjaya memperoleh 467,000 dan kadar pengangguran meningkat kepada 4 peratus daripada 3.9 peratus, berdasarkan laporan pekerjaan bulanan dari Jabatan Statistik pada hari Jumaat.

Bacaan ini jauh mengatasi ramalan para pakar ekonomi yang hanya menjangkakan pertamabahan sebanyak 150,000 berikutan peningkatan kes varian Omicron. Turut mempengaruhi analisis para pakar adalah data ADP yang kehilangan 301,000 pekerjaan untuk bulan itu, dan seminggu selepas Rumah Putih memberi amaran agar negara supaya bersedia untuk laporan pekerjaan yang “luar daripada jangkaan.”

Pada Jumaat lepas, pengarah Majlis Ekonomi Negara Brian Deese menyatakan bahawa “Jika mengambil pertimbangan Omicron pada bulan Januari dan pertambahan bilangan orang sakit maka ia akan membawa pengaruh yang besar pada data”.

Data tuntutan pengangguran awal mingguan yang dikeluarkan Khamis menunjukkan penurunan sebanyak 23,000, kepada 238,000, penurunan minggu kedua berturut-turut – tetapi penurunan itu menyusuli kenaikan yang telah meningkat selama berminggu-minggu, dan dapat memberi impak pada sektor pekerjaan itu untuk melantun semula, sekurang-kurangnya buat sementara waktu.

Harus dimaklumi bahawa Amerika memiliki berjuta-juta rakyat yang masih belum di vaksin. Atas dasar itu, para pakar berpendapat bahawa varian Omicron dapat menular dengan lebih pantas dan beri kesan pada sebahagian besar ekonomi antaranya ialah sektor restoran, persekolahan dan aktivit-aktiviti lain.

Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh selepas laporan NFP dilkeluarkan dengan pengukuhan sebanyak 0.15% kepada paras dagangan 95.53.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat