Pasaran Tersentak , US Dolar Jadi Pehatian!

677

US dolar hanya catat pengukuhan yang sedikit menjelang mesyuarat penggubalan dasar selama dua hari dimana pasaran menjangkakan bahawa the Fed akan mengumumkan permulaan pengurangan pembelian aset besar-besarannya yang dilaksanakan pada permulaan pandemik Covid-19.

Pelabur dalam beberapa minggu kebelakangan ini mengambil langkah berjaga-jaga kerana khuatir akan lonjakan inflasi yang terus menerus. Pada hari ini, Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengumumkan nada yang lebih dovish dari yang dijangkakan pelabur. Hal ini telah mendorong penyusutan matawang Aussie.

The Fed akan mengumumkan keputusan dasarnya pada awal pagi hari Khamis dan kemudian diikuti oleh Bank of England pada hari yang sama.

Edward Moya, penganalisis pasaran kanan di Oanda berpendapat bahawa inflasi yang tidak terkawal telah mendorong bank pusat untuk mengambil langkah yang kritikal walaupun belum bersedia.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mengukuh sedikit sebanyak 0.13% kepada paras dagangan 94.050.

Pasaran kini menantikan lebih banyak indikasi mengenai bilakah bank pusat akan mula menaikkan kadar faedah. Bagi Moya, ‘The Fed berpotensi untuk melakukan kerja yang lebih baik daripada ECB dalam kenaikan kadar’. Tambah beliau, beliau menjangkakan terdapat kemungkinan hasil bon akan meningkat namun US dolar boleh menyusut’.

Bank pusat Australia tidak mempamerkan nada hawkish yang dijangka ramai, menyebabkan dolar Aussie turun 0.9% kepada $0.7452, kadar paling lemah sejak 19 Oktober.

Matawang sterling susut 0.27% berbanding US dolar kepada $1.3626, menjelang mesyuarat Bank of England Khamis, di mana pasaran jangkakan kenaikan kadar faedah. Matawang Euro kekal susut berbanding US dolar sebanyak 0.21% kepada paras tukaran $1.15825.

Pasaran kini memberi tumpuan pada laporan daripada Bank Pusat bagi mendapatkan lebih banyak indikasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat