Pasaran Terumbang-Ambing, Pelabur Ambil Sikap Berhati-hati Menjelang Minit Mesyuarat FOMC!

401

Saham global dilihat sedang bergelut untuk kembali kepada landasan berikutan para pelabur mula mengimbangi risiko kemelesetan ekonomi dengan jangkaan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah yang agresif.

Indeks Bursa saham di Eropah (Stoxx 600) hanya mampu menambah 0.2% dalam dagangan pembukaan berikutan syarikat Snap memberi amaran terhadap keadaan makroekonomi dan dalam masa yang sama pelabur merasa takut terhadap data perumahan AS dan tinjauan perniagaan yang mengecewakan.

FTSE 100 London menambah 0.3 peratus, manakala dagangan S&P 500 Wall Street diniagakan susut 0.3% pada 3,929.59, manakala komposit bursa Nasdaq jatuh 39.42 mata atau 0.35%.

Rizab Persekutuan, yang mempengaruhi dasar monetari di seluruh dunia bakal mengeluarkan minit mesyuarat penetapan kadar awal Mei pada awal pagi Khamis. Terdapat isyarat kuat bahawa mereka akan meningkatkan kos pinjaman bagi menjinakkan inflasi.

Bagaimanapun, terdapat penganalisis mempersoalkan sejauh mana bank pusat AS bersedia untuk menaikkan kadar. “Pasaran memberitahu kami bahawa risiko kemelesetan semakin meningkat,” kata Mary Nicola, pengurus portfolio berbilang aset di PineBridge Investments.

Jualan rumah baharu AS jatuh hampir 17 peratus pada April, bulan ke bulan berdasarkan laporan. Tinjauan pengurus pembelian juga menunjukkan bahawa pertumbuhan dalam aktiviti perniagaan di AS dan UK berkurangan pada bulan Mei.

Pelabur mula menjual saham sebagai tindak balas terhadap data yang mengecewakan.

Euro kehilangan 0.6 peratus berbanding US dolar kepada paras di bawah $1.07, sebagai tanda bullish yang didorong oleh presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde menandakan berakhirnya kadar faedah negatif di zon euro semakin pudar. Indeks US dolar pula mengukuh 0.40% berbanding enam matawang utama kepada paras dagangan 102.280.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat