Pasti Ke Emas Takkan Jatuh Dah Hari Ni?

742

Permulaan sesi Eropah menyaksikan emas terus didagangkan berlegar di bawah paras harga $1,900 di tengah-tengah keyakinan pasaran terhadap vaksin yang dibataskan oleh kebimbangan terhadap kebangkitan semula kes Covid-19 di seluruh dunia.

Logam berharga itu didagangkan sedikit meningkat pada awal sesi Eropah pada $1,881 per auns, manakala niaga hadapan emas pula stabil pada $1,880 per auns (3.55 petang waktu Malaysia).

Emas jatuh sebanyak 1.3% pada hari Isnin selepas Moderna Inc mengumumkan vaksinnya 94.5% berkesan untuk mencegah Covid-19 pada percubaan peringkat akhir.

Bagaimanapun, kekhuatiran terhadap kesan pemulihan ekonomi yang mungkin terjejas akibat peningkatan berterusan kes coronavirus, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah telah mendorong kenaikan semula emas dan membataskan penurunan lebih rendah.

Malah, bacaan data jualan runcit yang diterbitkan lebih lemah daripada jangkaan juga menunjukkan tanda-tanda kelemahan dalam penggunaan Amerika Syarikat disebabkan krisis pandemik yang masih belum dapat dibendung.

Pengerusi Federal Reserve (Fed) AS, Jerome Powell mengatakan pada hari Selasa bahawa perjalanan ke arah pemulihan ekonomi ‘masih jauh’ dan bank pusat komited untuk menggunakan semua alatnya untuk menyokong selagi diperlukan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat