Pasti Pelabur Sudah Jangka Lonjakan Logam Kuning Ini

1,240

Komoditi emas mendapat sokongan untuk didagangkan lebih tinggi pada sesi Asia berikutan data inflasi Amerika Syarikat yang memberangsangkan pada bulan November.

Harga pengguna AS (CPI) tahunan meningkat 6.8% dari 6.2% yang dicatatkan sebelumnya, iaitu angka tertinggi pernah dicatatkan sejak tahun 1982.

Sementara secara bulanan, inflasi menunjukkan bacaan sedikit perlahan dengan menokok pada 0.8% daripada 0.9%. Bacaan inflasi teras pula menepati jangkaan dengan sedikit susut pada 0.5% daripada 0.6% sebelumnya.

Sejajar dengan bacaan memberangsangkan ini, permintaan terhadap logam berharga emas terus meningkat memandangkan pelabur menganggapnya sebagai lindung nilai kepada inflasi.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan meningkat pada sekitar harga $1,785 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,786 per auns.

Buat masa ini, emas memanfaatkan peluang untuk meningkat sementara menantikan keputusan mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini yang dijangka akan mengumumkan pengurangan pembelian bon dipercepatkan.

Dalam pada itu, ketidakpastian dan risiko varian Omicron turut memberi dorongan buat dagangan emas berikutan potensinya akan menjejaskan pemulihan ekonomi global di tengah inflasi yang semakin tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat