Patah Balik, EUR/USD Kembali Papar Penurunan Menuju Sasaran $1.0800

282

Pelabur gelisah dengan gelora pasaran yang tidak menentu di penghujung minggu ini dengan keputusan mesyuarat bank-bank menjadi tumpuan penting.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, pelabur menyaksikan turun naik harga yang drastik dipengaruhi reaksi pasaran terhadap situasi semasa.

Selepas mesyuarat FOMC, berlaku penyusutan ketara terhadap mata wang US dolar membuatkan harga pada carta EUR/USD melonjak naik dengan ketinggian dicapai pada Khamis semalam adalah sekitar 1.09400.

Namun, situasi mula berubah pada dagangan sesi Eropah semalam apabila kejutan dari tindakan bank pusat Switzerland (SNB) yang menurunkan kadar faedah menjadikannya bank pusat yang terawal memulakan langkah pelonggaran dasar.

Panik yang tercetus dalam pasaran membuatkan permintaan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven kembali meningkat semula sekaligus mengurangkan kerugian sebelum itu.

Harga telah kembali membuat terjunan yang bersambung ke sesi New York dengan melepasi zon penting pada 1.09000.

Menambah isyarat bearish apabila harga bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu, penurunan harga mencecah paras 1.08550 di penghujung sesi New York.

Corak penurunan diteruskan ketika dagangan bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) untuk mengatasi paras terendah mingguan.

Sasaran untuk penurunan harga yang diteruskan adalah menuju zon tumpuan pada 1.08000 yang berpotensi menjadi support terdekat harga.

Namun jika harga tembus lebih rendah, sasaran akan beralih kepada paras tumpuan berikutnya iaitu 1.07000.

Lonjakan harga juga boleh dijangkakan untuk berlaku sekiranya tumpuan pasaran kembali semula kepada unjuran pelonggaran dasar Federal Reserve (Fed).

Jika berlaku lonjakan semula harga, zon 1.09000 akan menjadi rintangan untuk diuji sebelum isyarat perubahan trend diperhatikan.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya akan menuju ke zon ketinggian pada 1.10000 mengatasi paras-paras minggu sebelum ini yang telah dicapai.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat