Patuhi Syarat Sebelum DinyahSenarai! – AS

266

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan Perbendaharaan (SEC) Amerika Syarikat (AS) menggesa Presiden Donald Trump untuk menyahsenarai firma-firma China yang berdagang di bursa saham AS serta gagal memenuhi syarat pengauditan AS menjelang Januari 2022.

Lapor Reuters, saranan itu dikeluarkan selepas Trump mengarahkan sekumpulan penasihat utama termasuk Setiausaha Perbendaharaan, Steve Mnuchin  dan Pengerusi SEC, Jay Clayton untuk merangka laporan berkaitan cadangan melindungi para pelabur AS daripada syarikat China.

Syarikat-syarikat China didakwa menyembunyikan dokumen audit sejak sekian lama daripada pihak berkuasa AS.

Cadangan itu sekiranya dilaksanakan, firma-firma China yang telah tersenarai dalam bursa saham, diberikan masa sehingga 1 Januari 2022 untuk memberikan akses dokumen audit mereka kepada pemantau audit AS iaitu PCAOB.

Bagi firma China yang pertama kali ingin tersenarai dalam bursa saham AS, mereka perlu mematuhi peraturan itu serta-merta.

PCAOB sebelum ini sering kali mendakwafirma-firma China mempunyai ‘muslihat tersendiri’ ketika berdagang dalam bursa saham AS berikutan keengganan mereka untuk menyediakan dokumen audit.

Pada Mei lalu, Senat AS sebelum ini meluluskan rang undang-undang yang boleh menyekat sesetengah firma China daripada menyenaraikan saham mereka di bursa saham AS kecuali mereka mengikuti piawaian berkaitan audit serta peraturan AS.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat