Patutlah Bursa Malaysia Dibuka Rendah

327

Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini berikutan satu lagi aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan paras tertinggi semalam.

Pada 9.12 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.42 mata kepada 1,624.84 dengan sektor kewangan dan penjagaan kesihatan menerajui kaunter rugi.

Lapor Bernama, indeks itu dibuka 0.35 mata lebih rendah kepada 1,627.91 daripada 1,628.26 ketika ditutup Khamis.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 327 kepada 257 manakala 410 kaunter tidak berubah, 1,129 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah satu bilion unit bernilai RM479.71 juta.

Malacca Securities berpendapat, peningkatan kukuh semalam mungkin dapat menarik aktiviti pengambilan untung yang cepat ke atas interim.

Pada masa yang sama, harga saham yang lebih rendah dijangka meneruskan peningkatan, dipacu terutamanya oleh mudah tunai yang mencukupi berikutan pelabur terus mencari pelaburan yang mendatangkan hasil lebih tinggi.

“Berikutan kesimpulan mesyuarat OPEC yang akan menyaksikan pengeluaran meningkat sedikit kepada 500,000 tong sehari berbanding anggaran awal 2.0 juta tong sehari, kami berpandangan bahawa sektor tenaga akan terus berkembang.

“Sektor pembinaan pula akan disokong oleh pakej selanjutnya membabitkan projek infrastruktur mega, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi adalah baik kepada sektor perladangan,” katanya dalam nota hari ini.

CGS-CIMB berkata, suasana pasaran kekal positif untuk hari ketujuh berturut-turut semalam.

Di Amerika Syarikat (AS), pasaran ekuiti ditutup bercampur-campur berikutan pelabur mempertimbangkan penurunan tuntutan pengangguran dan isu rantaian bekalan Pfizer yang akan menjejaskan penghantaran vaksin Covid-19 pada tahun ini.

Dow dan Nasdaq masing-masing naik 0.3 peratus dan 0.2%, manakala S&P500 rendah 0.1%.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, 16 kaunter rendah, manakala Petronas Gas turun 12 sen kepada RM17.30 dan IHH Healthcare susut enam sen kepada RM5.44.

RHB Bank dan Tenaga Nasional turun lapan sen kepada masing-masing kepada RM5.57 dan RM5.29.

Tujuh kaunter saham wajaran tinggi adalah positif, dengan KLCC PROP & REITS dan Axiata naik 11 sen masing-masing kepada RM7.71 dan RM3.85 dan Hong Leong Bank menambah lapan sen kepada RM18.38.

Dalam kalangan saham aktif, Yong Tai naik lima sen kepada 34.5 sen, Ho Wah meningkat 11.5 sen kepada 96 sen, manakala Bintai Kinden turun dua sen kepada RM1.12.

Di papan indeks, mata Indeks FBM Emas turun kepada 11,748.54, FBMT 100 susut 10.15 mata kepada 11,501.99 dan FBM Emas Shariah turun 8.62 mata kepada 13,528.86.

FBM 70 menambah 41.33 mata kepada 15,208.71 dan FBM ACE susut 38.59 mata kepad 10,700.13.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.01 mata kepada 172.94, Indeks Perladangan naik 7.2 mata kepada 7,381.35 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 26.39 mata kepada 14,521.48.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat