Patutlah! SUSHI Melonjak Selepas GoledenTree Buat Pendedahan Ini!

242

GoldenTree, firma pengurusan aset global membuat pendedahan pegangan tokennya dalam pertukaran terdesentralisasi (DEX) SushiSwap (SUSHI) yang kini berjaya melonjak sebanyak 13%.

Firma tersebut dikatakan mempunyai pegangan token SUSHI sebanyak $5.3 juta dan $50 bilion aset.

Menurut pengurus aset GoldenTree, firmanya baru melancarkan bahagian Pengurusan Aset GoldenChain yang lebih tertumpu kepada mata wang kripto dan beliau teruja untuk bertindak dengan lebih aktif bersama Sushi.

Tambahnya lagi, GoldenTree akan membantu SUSHI memperkembangkan lagi tokenomics dan strategi amnya.

Difahamkan pendedahan GoldenTree dibuat sejurus selepas DAO melantik Jared Grey sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu SUSHI.

Pertukaran CEO dibuat atas kegoyahan kepimpinan pengurusan SUSHI, ahli pengasas OxMaki meninggalkan syarikat tersebut serta CTO Joseph Delong berpindah ke platform non-fungible token (NFT) Astaria.

Walaupun SUSHI turun 90% daripada paras harga tertinggi $13 pada bulan Mac lalu, keyakinan pelabur terhadap token tersebut semakin meningkat.

Malah GoldenTree percaya bahawa SUSHI mempunyai potensi luar biasa untuk berkembang pada masa akan datang.

Namun penglibatan pelabur besar seperti GoldenTree telah menimbulkan persoalan berkaitan sifat terdesentralisasi SUSHI kerana ini bukan pelaburan pertama yang dibuat oleh firma tersebut.

Dalam pada itu, pengurus aset akan menubuhkan pasukan kripto sebagai sebahagian daripada pelancaran GoldenChain yang berfungsi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat