Patutlah Terbantut, Tak Minum Susu! Keuntungan Bersih Farm Fresh Susut 65%

336

‘Orang Malaysia dah tak minum susu ke?’

Farm Fresh Bhd menggariskan keuntungan nilai saksama yang rendah daripada penilaian aset biologi dan peningkatan kos sebagai penjejas utama keuntungan syarikat dalam laporan pendapatan korporat suku ke-2 (Q2).

Menurut pemfailan laporan Q2 yang barakhir 30 September, keuntungan nilai saksama yang rendah daripada penilaian aset biologi  turun pada RM200,000 berbanding RM10.5 juta yang dicatat tempoh sama tahun lepas.

Penurunan tersebut disebabkan kerugian kasar yang tinggi, kerugian nilai dan kos redundansi sebanyak RM7.1 juta daripada perniagaan jem daripada buah IXL pada suku ini.

Selain itu, kos jualan dan pengedaran tinggi daripada jualan keseluruhan yang ditanggung untuk Program Susu Sekolah (SMP) yang dijalankan stokis termasuk perbelanjaan pemasaran yang banyak turut menyumbang kejatuhan.

Dalam pada itu, rincian laporan memperlihatkan pendapatan sesaham turun 0.6 sen dari 1.93 sen dan syarikat mengisyiharkan dividen sebanyak RM1.07.

Antara data penting lain adalah,

  • Hasil suku tahunan naik 32.46% pada RM162.14 juta dari RM122.4 juta.
  • Hasil dalam Malaysia lonjak 25.3% taua RM27.3 juta sementara hasil di Australia canak 86% atau RM12.4 juta.
  • Bagi tempoh separuh pertama berakhir 30 September 2022 (1HFY22), keuntungan bersih turun 47.93% pada RM26.42 juta dari RM50.74 juta di sebalik peningkatan hasil 19.04% pada RM306.16 juta dari RM257.19 juta.
  • Keuntungan operasi dan keuntungan sebelum cukai turun RM7.9 juta disebabkan perbelanjaan skim opsyen saham pekerja sebanyak RM4.1 juta.

Melangkah ke depan, Farm Fresh merancang untuk melancarkan formula susu pertumbuhan Farm Fresh Grow pada Oktober dan susu tepung Yarra by Farm Fresh pada November.

Turut dijangka, Farm Fresh merancang pengembangan perniagaan ke Filipina termasuk produk susu sejuk beku serta pembinaan kilang di Taiping untuk mengurangkan kos logistik dan menambah kapasiti pengeluaran.

Setakat penulisan ini saham Farm Fresh susut 0.64% pada RM1.56.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat