Paypal mendominasi pasaran Bitcoin (BTC) dengan anggaran sebanyak 70% syiling bitcoin yang baru dihasilkan dimiliki firma itu sejak empat minggu lalu gara-gara permintaan yang meroket tinggi!
Jumlah keseluruhan pembelian aset itu bersama Cash App milik Square membawa kepada lebih 100% bitcoin baru telah dibeli oleh kedua-dua firma itu.
Paypal pada November telah melancarkan perkhidmatan kripto di Amerika Syarikat (AS) selepas mengumumkan keputusan mereka untuk menawarkan perkhidmatan matawang kripto pada akhir Oktober. Bermula 2021 perkhidmatan itu akan dikembangkan ke seluruh dunia.
Susulan daripada pelancaran tersebut, harga Bicoin melonjak melepasi $12,000 dan kekal bullish pada paras tertinggi tiga tahun $18,997 pada 20 November lalu.
Penyertaan Paypal dalam industri kripto memberi impak besar dan jika momentum ini berterusan, tidak mustahil jika Paypal membeli lebih banyak bitcoin baru dalam tempoh beberapa minggu.
Lonjakan terkini Bitcoin juga dilihat lebih stabil dan konsisten berbanding 2017 ekoran daripada peningkatan permintaan institusi dari entiti seperti Paypal, Cash App and Robinhood, menjadikan pembelian bitcoin lebih mudah.
Setakat ini sekitar 21 firma termasuk Microstrategy Inc dan Galaxy Digital Holdings memiliki jumlah keseluruhan 32,352 BTC bernilai $14.42 bilion.
Apabila bekalan bitcoin semakin terhad disebabkan lebih banyak institusi kewangan beralih kepada industri kripto seperti Paypal, bekalan aset tersebut akan menjadi tidak seimbang. Ini akan menjadikan aset itu didagangkan lebih mahal demi mengawal keseimbangan antara penawaran dan permintaan.