Pecah Rekod! Donald Trump Bekas Presiden AS Pertama Kena Dakwa

650

Donald Trump mencipta sejarah sebagai bekas presiden Amerika Syarikat pertama yang didakwa atas kes jenayah.

Juri besar telah mengundi untuk mendakwa Trump susulan siasatan pembayaran $130,000 kepada Stormy Daniels bagi menutup mulutnya atas dakwaan hubungan sulit menjelang pilihan raya 2016.

Pun begitu, Donald Trump tidak mengakui salah laku tersebut dan mengecam keputusan itu sebagai “penganiayaan politik dan campur tangan pilihan raya di peringkat tertinggi dalam sejarah”.

Bagaimanapun, bekas presiden itu dijangka akan terbang ke New York pada Isnin dan dihadapkan ke mahkamah pada hari Selasa.

Tuduhan itu hadir daripada penyiasatan Pejabat Peguam Daerah Manhattan, Alvin Brag berkaitan dakwaan peranannya dalam pembayaran wang ‘senyap’ dan penyamaran yang melibatkan Stormy Daniels.

Keputusan tersebut ternyata telah mencetuskan kejutan bukan sahaja di seluruh negara, tetapi juga dunia memandangkan beliau merupakan bekas presiden AS pertama yang didakwa.

Trump juga disiasat dalam beberapa kes lain termasuk rusuhan Capitol AS pada Januari 2021, usahanya untuk membatalkan kekalahan di Georgia pada pilihan raya 2020 dan pengendaliannya terhadap dokumen sulit selepas meletakkan jawatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat