Peguam Ripple Tarik Diri, Adakah SEC Pemenangnya?

684

“Jangan risau, mungkin Ripple dah bersiap sedia kalau tiba-tiba ada masalah macam ni.”

Pertempuran undang-undang antara Ripple (XRP) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) semakin hampir menerima Summary Judgement, namun defendan mengalami tamparan hebat apabila seorang peguamnya memfailkan untuk menarik diri daripada kes itu.

Menerusi pemfailan mahkamah, Peguam Kylie Chiseul Kim memfailkan surat untuk menarik diri sebagai peguam untuk XRP dan mahkamah telah membenarkan usul tersebut bagaimanapun Kellogg, Hansen, Todd, Figel & Frederick, P.L.L.C., dan Debevoise & Plimpton LLP masih menjadi peguam bagi defendan.

Peguam Kim telah bertindak sebegitu semasa seluruh pasaran mata wang kripto termasuk pelabur tidak sabar menunggu pengeluaran dokumen berkaitan ucapan Hinman secara umum.

Meskipun begitu, kedua-dua pihak telah mengemukakan surat bersama untuk memohon kepada mahkamah mendedahkan dokumen tersebut pada 13 Jun 2023.

Umum mengetahui bahawa surat bersama tersebut adalah permintaan pertamanya untuk melanjutkan tarikh akhir dalam hal memo berkenaan ucapan Hinman susulan ia memerlukan penyuntingan yang sangat besar.

Terdahulu, pemfailan mahkamah sebelum ini dilaporkan telah mendedahkan kakitangan SEC mempunyai perbincangan mengenai sifat XRP.

Diperjelaskan lebih lanjut, peguam XRP mendedahkan bahawa aset digital tersebut sama sekali bukan sekuriti susulan footnote* menunjukkan terdapat beberapa alasan munasabah yang dapat menyimpulkan XRP gagal memenuhi Howey Test.

*maklumat tambahan yang dicetak di bahagian bawah halaman

Setakat penulisan ini, harga XRP menjunam sebanyak 2.31% pada paras $0.45 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $1 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan 1.24% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat