Pejabat Tesla Ditutup, Kini Lebih 200 Pekerja Hilang Sumber Pendapatan!

8,845

‘Alamak, ambik peluang nak pindah pejabat untuk buang pekerja.’

Selepas penutupan kilang pengeluaran di Shanghai, Tesla Inc kini menutup pula pejabatnya di San Mateo, California dalam usaha syarikat untuk mengurangkan perbelanjaan ditengah-tengah situasi inflasi.

Menurut sumber dalaman Tesla, tindakan penutupan tersebut telah menyebabkan lebih 200 pekerja yang ditugaskan mengkaji sistem bantuan pemanduan Autopilot kehilangan sumber pendapatan mereka.

Ulas pakar Raj Rajkumar, seorang profesor kejuruteraan elektrik dan komputer di Carnegie Mellon University, tindakan Tesla jelas menunjukkan pendapatan suku ke-2 (Q2) 2022 syarikat yang lemah.

Tambahnya, ia memaksa syarikat membuat keputusan drastik dalam mengurangkan perbelanjaan termasuk membuang pekerjanya.

Umumnya, awal bulan ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Elon Musk menzahirkan firasat ‘kurang enak’ berkenaan situasi inflasi dan membuat keputusan untuk mengurangkan 10% tenaga kerja syarikat.

Ia kemudiannya menyaksikan beberapa individu diberhentikan merentasi glob.

Menambah duka pada barah yang terbuka, pejabat di San Mateo tersebut dijadualkan untuk dipindahkan ke Palo Alto pada bulan hadapan namun para pekerja telah diberhentikan pada Selasa (28 Jun).

Dalam pada itu, rata-rata para pekerja yang diberhentikan telah menyuarakan rasa sedih bercampur kecewa dan marah dalam laman LinkedIn.

Ada yang menyatakan bahawa pembuangan tersebut dilakukan secara mengejut.

Setakat ini pihak Tesla tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai pembuangan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat