Pelabur Berterima Kasih Kepada Waller, Harga Emas Cecah $2,050!

1,569

Pagi tadi, harga emas mencanak naik meneruskan corak positif itu sejak awal minggu dan semalam mencapai prestasi harian terbaik dalam tempoh enam minggu.

Menutup dagangan sesi New York, harga emas dilihat naik sebanyak 1.5% dan mencecah $2,044 pada paras tertinggi tujuh bulan lepas.

Pasaran kini menyaksikan kenaikan yang ketara dalam sentimen pelabur yang membeli aset safe-haven tersebut yang disebabkan oleh ucapan gabenor Federal Reserve (Fed) yang bernada dovish semasa sesi awal pasaran Amerika Syarikat yang menyebabkan kenaikan pada harga emas.

Gabenor Fed St Louis, Christopher Waller yang dikenali seorang ‘hawkish’ menyatakan pendiriannya bahawa Fed tidak perlu memanjangkan lagi kadar faedah yang lebih tinggi jika inflasi kembali pada sasaran.

Ucapannya itu berdasarkan perbualan bersama Michael Strain, Pengarah Ekonomi di Institut Perusahaan Amerika yang mencetuskan bidaan risiko dalam pasaran AS. Ini menyebabkan emas, ekuiti dan aset berisiko meningkat tinggi dan dolar AS pula semakin merosot.

Kenyataan itu menimbulkan spekulasi tentang pasaran Fed akan beralih daripada pendirian “higher for longer” yang berpotensi membawa kepada pemotongan kadar faedah bakal dipercepatkan dan terdapat kemungkinan seawal Mac 2024.

Kini, emas telah mencecah paras tertinggi tujuh bulan iaitu $2,050 dan telah meningkat hampir 13% daripada paras terendah Oktober iaitu pada nilai $1,810.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat