Pelabur Emas Waspada Menjelang Ucapan Janet Yellen

601

Emas didagangkan mendatar ketika para pelabur menantikan kenyataan daripada calon Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen mengenai dolar dan rangsangan Covid-19 ketika memberi keterangan di Capitol Hill pada hari ini.

Memasuki sesi Eropah, logam berharga itu didagangkan mendatar di sekitar harga $1,840 per auns, bangkit dari kejatuhan ketara yang dicatatkan pada pembukaan dagangan awal minggu pada $1,803 per auns.

Penampilan Janet Yellen di hadapan Jawatankuasa Kewangan Senat dijangka akan berbicara mengenai dasar pertukaran asing, dan juga akan berfungsi sebagai sidang Kongres pertama di mana penggubal undang-undang akan memeriksa rancangan bantuan Covid-19 bernilai $1.9 trilion.

Logam kuning emas telah jatuh lebih 3% tahun ini berikutan lonjakan dalam hasil Perbendaharaan AS dan US dolar, didorong oleh keyakinan pasaran bahawa vaksin Covid-19 dan pakej rangsangan akan membantu pemulihan ekonomi.

Para pelabur turut menantikan upacara mengangkat sumpah oleh Presiden Joe Biden di Capitol AS pada hari Rabu, di mana tahap keselamatan telah diperketatkan berikutan ancaman keganasan yang masih membara di Washington susulan kekalahan Donald Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat