Pelabur Gusar Sentimen Pasaran Bakal Kembali Berisiko

359

Pergerakan harga sehingga sesi Eropah hari ini kekal perlahan dengan dagangan Pound Sterling masih meneruskan penurunan sejak awal sesi Eropah bermula.

Perkembangan rundingan Brexit masih lagi perlahan dengan kebuntuan mencari jalan penyelesaian. Namun begitu, Kesatuan Eropah menyatakan kesediaan untuk melakukan segala usaha yang termampu untuk mencapai persetujuan dan seterusnya bergantung pula kepada Britain sendiri.

Pergolakan politik di Amerika Syarikat turut menjadi kebimbangan buat pelabur berikutan isu dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Donald Trump sebagai pemimpin.

Tumpuan pelabur akan terarah pada bacaan data perbelanjaan penggunan di Amerika Syarikat serta pesanan barangan tahan lama untuk bulan Ogos. Kedua-dua bacaan data dijangka bakal menggerakkan nilai matawang dolar USD pada sesi New York malam nanti.

Dagangan dolar Australia menunjukkan kenaikan sejak sesi Asia hari ini berikutan sentimen pasaran yang pulih ekoran perkembangan positif rundingan dagang antara Amerika dan China. China dilaporkan bersetuju untuk membeli lebih banyak produk pertanian dari Amerika Syarikat.

Namun, sentimen pasaran digugatkan oleh laporan sekatan Amerika terhadap syarikat pengangkutan laut China yang didakwa melanggar arahan sekatan penghantaran minyak mentah Iran.

Jika sentimen pasaran dilihat kembali berisiko, aset safe-haven akan kembali mendapat permintaan tinggi disebabkan tarikan terhadap aset yang lebih selamat menjadi pilihan pelabur dalam suasana pasaran yang tidak menentu.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat