Pelabur Institusi Belum Jemu Dengan Prestasi Solana (SOL), Cardano (ADA)

254

Pelabur institusi masih memberi perhatian terhadap perkembangan Solana (SOL) dan Cardano (ADA).

Dikatakan laporan Aliran Dana Aset Digital Mingguan oleh CoinShares mendedahkan sebanyak $7.1 juta aliran dana yang diperuntukkan oleh pelabur institusi untuk produk pelaburan Solana sepanjang minggu lalu.

Susulan daripada itu, harga SOL menunjukkan pergerakan positif daripada paras sekitar $35 melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu, lebih $75.

Aset itu sekali lagi mencatatkan ATH terbaru pada 21 Ogos dengan rekod lebih $82. Faktor ini turut didorong oleh pertumbuhan projek di Solana.

Misalnya pasaran pertukaran desentralisasi (DEX) Mango berjaya mengumpul dana berjumlah $70 juta dalam penjualan token pada awal Ogos. DEX Serum yang dibangunkan di rangkaian Solana juga turut memainkan peranan kepada peningkatan aliran dana yang diterima.

Pada masa yang sama, Cardano pula masih hangat seiring dengan tarikh pelancaran kontrak pintar melalui hard fork Alonzo tidak lama lagi. Dilaporkan lebih $6.4 juta aliran dana telah direkod untuk produk pelaburan Cardano.

Pelabur semakin yakin Cardano akan tampil bersaing dengan pesaingnya seperti Ethereum (ETH), Binance Smart Chain (BSC) dan Solana sebaik sahaja kontrak pintar dilancarkan.

Dalam 24 jam, SOL mencatatkan penyusutan hampir 5% dan mencatatkan nilai dagangan $71.42. Aset ini bagaimanapun mencatatkan lonjakan lebih 170% dalam sejak bulan lalu. Manakala ADA mencatatkan nilai $2.77, susut lebih 3%. Bagi rekod sejak Julai, aset ini mencatatkan lonjakan lebih 130%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat