Pelabur Institusi Kripto Kembali Menaruh Minat Dalam Pasaran Kripto? Data Ini Jadi Tumpuan!

391

Pada tahun ini pasaran kripto ditimpa rangkaian peristiwa yang malang. Keadaan bertambah buruk selepas kejatuhan Terra Luna. Walaubagaimanapun, pada bulan Julai, pasaran kripto mula menunjukkan momentum pemulihan sehingga membuatkan pasaran tertanya-tanya mengenai halatuju harga BTC.

Perkembangan terkini menunjukkan institusi kembali menyertai pasaran kripto. Berdasarkan laporan terkini, aliran masuk bulanan institusi dalam dana kripto kekal paling kukuh pada bulan terakhir pada bulan Julai, setakat pada tahun 2022.

Jumlah aliran masuk bulanan untuk Julai berjumlah $474 juta. Ini telah mengimbangi sepenuhnya aliran keluar bersih Jun yang berjumlah $481 juta. Walaupun berhadapan masalah makro, mata wang kripto menunjukkan prestasi yang kukuh untuk bersiap sedia untuk bulan Ogos.

Pada minggu lalu, produk pelaburan aset digital menyaksikan aliran masuk bersih pada AS$81 juta. Ini adalah aliran masuk minggu kelima berturut-turut selepas kejatuhan bersiri pada Q2 2022. Aliran masuk bersih dalam tempoh lima minggu berjumlah AS$0.53 bilion, atau 1.6% daripada jumlah aset di bawah pengurusan (AuM).

Produk pelaburan Bitcoin mencatatkan aliran masuk bersih pada AS$85 juta. Sebaliknya, aliran keluar pendek Bitcoin berjumlah AS$2.6 juta. Ini juga merupakan minggu pertama aliran keluar untuk Bitcoin selepas lima minggu aliran masuk bersih.

Selain BTC, Ethereum dan Solana juga mencatatkan aliran masuk kecil pada AS$1.5 juta. Tambahan pula, SOL kekal menjadi kegemaran pelabur pada 2022 dengan aliran masuk tahunan sehingga kini berjumlah AS$114 juta.

Waima begitu, penganalisis memberi amaran agar kekal berhati-hati pada ketika ini. Ia menyatakan bahawa walaupun terdapat momentum kenaikan harga yang kukuh, keseluruhan aktiviti dagangan kekal rendah. Minggu lepas, jumlah dagangan kripto berjumlah AS$1.3 bilion berbanding purata mingguan tahun ini sebanyak AS$2.4 bilion.

Bitcoin mengakhiri bulan lepas dengan lebih 18% keuntungan. Justeru pasaran akan memberi perhatian pada perkembangan kripto pada bulan Ogos.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat