Apa yang dah jadi dengan pergerakan harga pada carta AUD/USD semalam? Harga turun naik dengan agresif.
Tidak lain tidak bukan dipengaruhi oleh krisis peperangan Rusia-Ukraine yang sedang menjadi perhatian seluruh dunia.
Presiden Rusia Vladimir Putin, mengambil langkah drastik dengan melancarkan serangan ke atas Ukraine pagi semalam dengan pencerobohan dari setiap sudut oleh tentera Rusia.
Mata wang sensitif terhadap sentimen pasaran bergerak mengikut arah jangkaan namun berlaku ketidaktentuan pergerakan harga pada sesi New York dengan reaksi oleh para pemimpin dunia yang meningkatkan sekatan ke atas Rusia.
Carta harga AUD/USD semalam menjunam lebih 100 pips ekoran dolar Australia yang susut sementara US dolar mengukuh dalam perkembangan serangan Rusia.
Jika diperhatikan, harga telah membuat penurunan sekitar 180 pips dari paras ketinggian 0.72800 yang dicapai pada Rabu lalu sehingga ke zon support 0.71000 pada sesi New York Khamis semalam.
Namun mengakhiri dagangan sesi New York semalam agak mengejutkan pelabur apabila harga kembali pantul semula sekitar 80 pips menguji zon SBR (support become resistance) 0.71800.
Kenaikan harga tidak terhenti di situ malah bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) ke paras 0.72000 menguji pula paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat pergerakan harga selanjutnya.
Jika kenaikan harga masih diteruskan, rintangan seterusnya yang bakal diuji dilihat pada 0.72300 sebelum harga kembali semula menuju zon ketinggian 0.72800 minggu ini.
Sebaliknya jika krisis perang semakin hangat dan mendorong pengukuhan US dolar semula, harga bakal kembali ditekan rendah menuju zon 0.71000 yang diuji semalam.
Untuk sasaran penurunan bagi tempoh lebih panjang, pergerakan trend bearish harga akan mendorong penyusutan harga sehingga ke paras 0.70000.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG