Pelabur Kecewa GOLD Gagal Capai Paras $2000, Papar Penurunan Semula

952

Carta harga XAU/USD paparkan pergerakan menurun menunjukkan penurunan semula harga emas selepas mencapai paras ketinggian pada $1992 semalam.

Beberapa faktor menjadi pendorong penurunan harga emas antaranya sentimen risk-on pasaran serta pengukuhan semula US dolar dalam pasaran setelah bergerak lemah sejak minggu lalu.

Pengukuhan US dolar di sesi New York semalam dicetuskan oleh terbitan data tinjauan pembuatan di Amerika Syarikat yang telah mencatatkan kenaikan lebih tinggi berbanding jangkaan.

Data ekonomi AS yang positif turut memberi gambaran awal untuk tanda-tanda pemulihan ekonomi setelah berdepan gelombang pandemik.

Momentum pengukuhan US dolar berjaya dikekalkan sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah hari ini. Namun, pelabur kekal berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP pada penghujung minggu.

Pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta XAU/USD, harga telah turun lebih rendah di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat permulaan trend menurun atau bearish.

Harga dilihat akan menguji zon support sekitar paras harga $1954 yang menjadi paras sokongan pada kenaikan Isnin lalu.

Penurunan yang diteruskan lebih rendah melepasi zon tersebut bakal menuju sehingga ke paras harga $1900 semula.

Cubaan untuk harga turun lebih rendah dari paras tersebut minggu lalu gagal apabila harga kembali membuat kenaikan semula sehingga dagangan bersambung ke minggu ini.

Pantau sentimen pasaran semasa yang akan mempengaruhi dagangan emas selain pergerakan US dolar dalam pasaran yang agak bergelora pada minggu ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat