Pelabur Kecut Perut Ke Tu Menanti Belanjawan 2023?

293

Sentimen berhati-hati pelabur menjelang pembentangan Belanjawan 2023 membuatkan Bursa Malaysia alami penjualan pada awal pagi.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, ketidaktentuan pasaran dan faktor pembentangan Belanjawan telah membuatkan pelabur gusar.

Atas faktor tersebut indeks bursa tempatan menyaksikan pelabur mengambil keuntungan pada awal pagi berdasarkan prestasi positif semalam.

Ekoran itu, indeks FTSE KLCI (FBM KLCI) turun 7.63 mata pada 1,412.80 daripada penutupan Khamis pada 1,420.43 dengan pembukaan baik 1.36 mata pada 1,421.79.

Di pasaran meluas, kerugian pada 322 atasi keuntungan pada 188, manakala 291 kaunter pula tidak berubah, 1,546 tidak didagangkan dan 7 digantung.

Jumlah perolehan pada 701.26 juta unit bernilai RM331.42 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan IHH Healthcare Bhd jatuh 4 sen pada RM8.63 dan RM5.77, Petronas Chemicals Group Bhd kurang 2 sen pada RM8.62 sementara Public Bank Bhd tambah 2 sen pada RM4.27 dan CIMB Group Holdings Bhd raih 3 sen pada RM5.29.

Saham aktif memperlihatkan Vinvest Capital Holdings Bhd lonjak 0.5 sen pada 18.5 sen, Top Glove Corp Bhd kurang 0.5 sen pada 67.5 sen, Citaglobal Bhd susut 1.5 sen pada 27.5 sen sementara MMAG Holdings Bhd kekal 2.5 sen dan Serba Dinamik Holdings Bhd mendatar 2 sen.

Di papan indeks, FBM Emas turun 41.61 mata pada 10,091.98, FBM 70 jatuh 9.15 mata pada 12,299.72, FBMT 100 susut 42.22 mata pada 9,843.78, FBM Emas Shariah kurang 66.51 mata pada 10,130.62 dan FBM ACE junam 27.45 mata pada 4,716.21.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 47.06 mata pada 16,073.96, indeks Produk serta Perkhidmatan kurang 0.57 mata pada 174.15,  indeks Perladangan turun 33.50 mata pada 6,528.64 dan indeks Tenaga susut 3.99 mata pada 694.31.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat