Pelabur Kripto Malaysia Juga Perlu Bayar Cukai Pendapatan

5,962

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam pengumuman terbaru memberitahu para pelabur kripto tidak terkecuali dari mengisytiharkan keuntungan mereka melalui penyataan cukai pendapatan tahunan.

Bagaimanapun, tuntutan itu hanya tertakluk kepada pelabur yang aktif berdagang di dalam platform pertukaran kripto.

Pihak LHDN turut menjelaskan bahawa pihak mereka akan menganggap keuntungan yang diperoleh melalui platform kripto sama seperti keuntugan yang diterima melalui perniagaan konvensional.

Merujuk kepada Seksyen 3 Akta Cukai Pendapatan 1967, cukai yang dikenakan adalah berdasarkan pendapatan yang terkumpul di atau berasal dari Malaysia, atau diterima di Malaysia dari luar negara.

Pada masa yang sama LHDN juga akui, akta tersebut tidak memperincikan secara jelas berapakah keuntungan atau kerugian yang perlu dikenakan cukai.

Ini menyebabkan pegawai cukai perlu meneliti setiap kes secara menyeluruh untuk menentukan sejauh mana keuntungan daripada aktiviti pelaburan kripto perlu dikenakan cukai ataupun tidak.

“Jika transaksi melebihi keuntungan modal, pasif atau dilakukan sesekali, tidak teracang atau tidak sistematik, maka keuntungan dari penjualan dan pembelian tersebut adalah pendapatan bebas cukai.

“Tetapi bagi mereka yang terlibat dalam matawang kripto secara aktif, sistematik dan berkala, pihak tersebut perlu dikenakan cukai pendapatan.” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat LHDN, Ranjeet Kaur.

Individu yang terlibat boleh mengemukakan penyataan cukai melalui Borang B sebelum atau pada 30 Jun setiap tahun.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat