Pelabur Masih Ternanti-Nanti Keputusan Powell

252

Pasaran saham Amerika Syarikat ditutup bercampur-campur ekoran pengumuman yang bakal dibuat Jumaat ini oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell. Pelabur ternanti-nanti adakah Fed bersedia untuk menurunkan kadar faedah atau tidak.

Indeks Dow Jones mencatatkan kenaikan 49.51 mata kepada 26,252.24, namun nasib berbeza menimpa S&P 500 apabila jatuh 1.48 mata kepada 2,922.95. Turut terkesan, Nasdaq yang turun 28.82 mata kepada 7,991.39 mata.

Kenaikan indeks Dow Jones didorong oleh salah satu syarikat yang berstatus “blue chip”, The Boeing Company. Harga saham Boeing naik $14.42 kepada $354.41 sekaligus mendorong kepada kenaikan purata indeks.

Boeing yang tertumpu kepada sektor industri aeroangkasa telah mengumumkan mereka sedang mengumpul beberapa ratus tenaga pekerja kontrak bagi membantu pesawat 737 Max kembali berfungsi sebaik sahaja pihak Federal Aviation Administration (FAA) bersetuju akan turut membantu sehingga masalah pada pesawat itu selesai.

Pihak Boeing menjangkakan kelulusan akan diberikan pada suku keempat atau penghujung November tahun ini. Berkemungkinan besar juga pada awal tahun 2020 sebelum pesawat itu meneruskan kembali perkhidmatannya.

Apa yang Presiden AS, Donald Trump serta para pelabur mahukan ialah petunjuk daripada pihak Fed berkenaan pemotongan kadar faedah yang agresif bagi mengatasi kelembapan ekonomi. Namun nada ini berbeza dengan Powell yang agak keberatan dalam menurunkan kadar faedah dalam skala yang besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat