Pelabur Minyak Nantikan Data Ekonomi China

116
  • Minyak mentah melonjak lebih 8% minggu lalu
  • Sentimen pelonggaran sekatan China masih memberi sokongan
  • Data KDNK China Q4 jadi tumpuan

Minyak mentah gagal mengekalkan momentum pengukuhannya ketika dibuka pada awal minggu, menyaksikannya merosot buat kali pertama dalam lapan sesi.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat jatuh pada $79 setong selepas meraih keuntungan lebih 8.6% pada minggu lepas. 

Sementara dagangan Brent pula diniagakan susut pada $84 setong, menyusuli kenaikan 8.7% yang dicatatkan pada minggu lalu.

Walaupun susut sekitar 1% pada sesi dagangan Isnin, namun kedua-dua penanda aras masih didagangkan sekitar paras tertinggi untuk tahun ini.

Pembukaan semula China dari sekatan Covid telah menyokong dagangan minyak mentah minggu lalu, mengangkat harapan untuk rangsangan dalam permintaan minyak ekoran aktiviti ekonomi dan mobiliti kembali meningkat.

Selain itu, pengukuhan harga turut disokong oleh US dolar yang lebih lemah berikutan jangkaan kenaikan kadar yang kurang agresif daripada Federal Reserve (Fed).

Bagaimanapun, pelabur lebih berhati-hati pada minggu ini memandangkan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) China untuk suku keempat akan dikeluarkan pada Selasa.

Ia akan menunjukkan impak daripada penutupan pada bulan Oktober dan September dan pelonggaran sekatan Covid yang dilaksanakan pada awal Disember terhadap ekonomi China yang akan memberi bayangan kepada prospek pertumbuhan 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat