Pelabur Minyak Terpaksa Akur Selepas Shanghai Umum ‘Lockdown’

574

Kejutan daripada pelaksanaan langkah penutupan di Shanghai telah mendorong kemerosotan dagangan minyak mentah pada awal minggu, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap permintaan yang bakal berkurang dari China.

Menuju pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent susut 2.4% pada sekitar harga $116 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula jatuh 2.7% pada $109 setong.

Pihak berkuasa di Shanghai mengumumkan pada Ahad bahawa mereka akan menutup hub kewangan negara itu secara dua peringkat untuk melaksanakan ujian Covid-19 besar-besaran dalam tempoh sembilan hari.

Pengangkutan awam, termasuk perkhidmatan ride-hailing akan digantung semasa sekatan tersebut. Kenderaan yang tidak diluluskan juga tidak dibenarkan untuk berada di jalan raya.

Tambahan daripada itu juga, semua syarikat dan kilang akan menggantung pembuatan dan menggalakkan bekerja dari rumah.

Komoditi hitam itu telah meningkat tinggi pada dagangan akhir minggu selepas laporan mengenai serangan Houthis Yaman ke atas kemudahan tenaga Arab Saudi pada Jumaat mendorong kebimbangan terhadap kekangan bekalan dunia.

Serangan tersebut telah menyebabkan kebakaran dalam dua tangki simpanan tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat