Pelabur Minyak Waspada, Biden Dan Sekutu Bakal Umum Sekatan Baru

409

Komoditi hitam kekal didagangkan lebih tinggi pada hari Rabu disokong oleh data inventori minyak mentah Amerika Syarikat yang tanpa dijangka menunjukkan penurunan.

Pada pembukaan sesi Eropah, minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada sekitar harga $115 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $109 setong.

Kedua-dua penanda aras itu sedikit menyusut pada Selasa berikutan terdapat kemungkinan bahawa Kesatuan Eropah (EU) tidak bersetuju untuk mengenakan sekatan minyak serta merta ke atas Rusia.

Menurut penganalisis, kebimbangan terhadap kekangan bekalan mungkin berkurang sekiranya EU mengambil keputusan tersebut memandangkan ia mempunyai kebergantungan tinggi kepada Moscow.

Bagaimanapun, pasaran kekal berwaspada susulan kunjungan Presiden AS Joe Biden ke Brussels untuk bertemu dengan NATO dan pemimpin Eropah pada hari Khamis yang akan membincangkan mengenai isu pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

Biden dan sekutunya dijangka akan mengumumkan sekatan baharu ke atas Rusia susulan pertemuan tersebut.

Sementara itu, data terkini daripada Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan bekalan minyak mentah AS susut sebanyak 4.3 juta tong pada minggu lalu yang menyusuli kenaikan 3.8 juta tong minggu sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat