Pelabur Nantikan Isyarat Penurunan Harga Lebih Jelas Bagi EUR/USD

565

Pergerakan harga pada carta-carta pasangan mata wang utama dilihat mendatar pada pembukaan pasaran awal minggu termasuk US dolar.

Namun US dolar dilihat menunjukkan sedikit pengukuhan menjelang pembukaan sesi New York semalam sebelum kembali bergerak perlahan sehingga penghujung sesi.

Pelabur masih berwaspada pada awal dagangan minggu ini menantikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ini yang menjadi tumpuan bagi bank pusat.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan penurunan harga dengan mata wang Euro masih berada dalam sentimen berisiko.

Selain indeks Eropah yang merosot, Rober Holzmann sebagai salah seorang ahli ECB menyatakan bahawa masih tiada ruang untuk meningkatkan kadar faedah berikutan inflasi yang lemah dan program bantuan kecemasan Covid-19 tidak akan ditamatkan dalam tempoh terdekat.

Justeru, penganalisis masih melihat kesukaran untuk harga pada carta EUR/USD membuat kenaikan, namun memerlukan faktor yang mengukuhkan US dolar bagi melihat penurunan harga yang lebih jelas.

Penurunan harga semalam menyentuh paras 1.19000 yang dilihat sebagai zon support harga, dan harga pantul membuat kenaikan semula dari paras tersebut.

Walau bagaimanapun harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang masih memberi isyarat untuk corak penurunan harga.

Sekiranya penurunan harga bersambung pada hari ini dan berjaya melepasi zon support 1.19000, harga dilihat akan menuju ke zon support lebih rendah pada 1.18000.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan semula, paras rintangan minggu lalu sekitar 1.19700 akan diuji untuk harga menuju pula ke paras rintangan 1.2000.

Kenaikan lebih tinggi untuk trend bullish harga, akan didorong untuk ke zon SBR (support become resistance) pada 1.20600-1.20900.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat