Pelabur NZD Tepuk Tangan, RBNZ Tepati Ramalan

262

Seperti dijangkakan secara meluas, Bank Pusat New Zealand (RBNZ) memutuskan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.00% dalam mesyuarat polisi yang diadakan pada sesi Asia.

Dolar New Zealand melonjak susulan keputusan ini, membawanya 0.6% lebih tinggi berbanding US dolar untuk diperdagangkan pada sekitar harga 0.6730.

Ini merupakan kenaikan kali ketiga berturut-turut dibuat oleh RBNZ bagi mengekang tekanan inflasi yang semakin meningkat seiring dengan kelonggaran sekatan Covid-19 dan lonjakan harga perumahan di New Zealand.

Kenyataan daripada bank pusat membuatkan pelabur lebih optimis selepas para penggubal dasar menyatakan bahawa mereka bertindak lebih agresif dalam membuat pengetatan dasar monetarinya bagi memerangi inflasi.

Kadar inflasi New Zealand telah melonjak ke paras tertinggi 30 tahun pada suku akhir 2021, menyebabkan pelabur terus meletakkan jangkaan bahawa bank pusat akan membendungnya dengan pengetatan.

Sehubungan dengan itu, RBNZ akan memulakan pengurangan secara beransur-ansur terhadap pegangan bonnya di bawah program Pembelian Aset Berskala Besar (LSAP).

Namun, RBNZ menjangkkan inflasi tahunan akan memuncak pada awal 2022 sebelum berkurangan sepanjang tahun ini dan kembali ke julat sasarannya pada pertengahan 2023.

Walaupun begitu, penggubal dasar masih menyedari bahawa penularan varian Omicron akan terus mengganggu aktiviti ekonomi negara dan menjejaskan keyakinan pengguna serta pelabur dalam jangka pendek.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat