Pelabur Pakat Jual USD, Apa Kes Ni?

863

“Wake me up when September ends…”

Hari terakhir dagangan September dihiasi dengan peningkatan mata wang utama dan kemerosotan lebih jauh raja US dolar dari paras tertinggi 20 tahun yang dicapainya sebelum ini.

US dolar susut lebih rendah selepas data bacaan akhir keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat mengesahkan ekonomi jatuh ke dalam kemelesetan pada separuh kedua 2022.

Bagaimanapun, data tuntutan pengangguran AS yang terus memaparkan penurunan pada minggu lalu kekal menunjukkan pasaran buruh yang kuat di negara itu.

Selain itu, kejatuhan USD juga mungkin disebabkan pengambilan untung oleh pasaran menjelang akhir dagangan bulan September serta turut menyusuli penurunan ketara dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun pada 3.70% dari puncak tertinggi 4.00% sebelum ini.

Antara mata wang yang menunjukkan peningkatan ketara adalah mata wang Eropah, memperlihatkan euro menokok lebih tinggi selepas Jerman melancarkan pakej rangsangan baharu untuk menangani harga tenaga yang tinggi bernilai €200 bilion.

Mengikut anggaran awal, indeks harga pengguna (CPI) Jerman meningkat pada kadar tahunan sebanyak 10.9% pada September.

Tumpuan kini disasarkan kepada data yang akan dikeluarkan Zon Eropah iaitu anggaran pertama inflasinya pada hari Jumaat, manakala AS akan menerbitkan data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) yang menjadi indikator kepada inflasi Federal Reserve (Fed).

Sementara itu, pound menokok lebih tinggi apabila BOE melaksanakan pembelian bon untuk hari kedua sebanyak £1.4 bilion bon kerajaan UK yang mempunyai tempoh matang lebih 20 tahun.

Dalam pada itu, pelabur akan diperlihatkan dengan bacaan akhir data KDNK UK untuk suku kedua pada sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat