Pelabur Perlu Bersedia, Terra Pamerkan Lonjakan 110% Bukan Bermakna Berakhir Di Situ Saja!

555

Pada pembukaan pasaran kripto hari ini, nampaknya sentimen masih kekal positif di mana dapat dilihat BTC kekal konsisten menguji paras harga $40,000.

Kedudukan teratas ke-30, Terra mempamerkan lonjakan yang konsisten bermula minggu lalu sehingga mencatatkan paras tertinggi sekitar $11.8 mengakhiri sesi dagangan semalam, menghasilkan 110% lonjakan.

Terra dengan permodalan pasaran lebih $4.4 bilion direkodkan dengan mencatatkan lebih $400 juta jumlah dagangan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Seterusnya, mari kita lihat prestasi Terra pada carta pergerakan harga LUNA/USDT.

LUNA menunjukkan reputasi yang baik berturut-turut bermula minggu lalu sehingga mengakhiri sesi dagangan semalam dengan menghasilkan lebih 110% lonjakan!

Sentimen semasa telah menyokong pergerakan harga dimana BTC mempamerkan harga yang positif sejak kebelakangan ini.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dapat dilihat masih mengekalkan trend bullish dan telah melepasi zon RBS (resistance become support) sekitar $9.5 yang telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Menurut ramalan penganalisis, LUNA dijangka bakal membuat kenaikan untuk menguji semula zon resistance sekitar harga $11.5 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Sekiranya pergerakan harga LUNA berjaya menembusi paras rintangan tersebut, sasaran kenaikan yang lebih tinggi bakal mencatatkan paras tertinggi terbaru.

Namun, jika harga kembali menunjukkan corak penurunan, zon RBS (resistance become support) sekitar $9.5 bakal diuji semula samada membuat rebound atau meneruskan penurunan yang lebih rendah.

Lihat gambar carta matawang kripto LUNA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat