Pelabur Positif Kenaikan GBP/USD Belum Lagi Berakhir

669

Pound Sterling kekal didagangkan meningkat walaupun laporan data pekerjaan yang diterbitkan pada awal sesi Eropah semalam dilihat menunjukkan bacaan yang bercampur.

Walaupun purata pendapatan meningkat, namun kadar pengangguran untuk bulan September meningkat ke paras 4.8% lebih tinggi berbanding jangkaan. Paras tersebut juga adalah yang tertinggi sejak Februari 2017.

Namun begitu, perkembangan rundingan Brexit dilihat menjadi faktor menyokong dagangan Pound di mana Ketua Perundingan EU, Michel Barnier telah menyatakan untuk menggandakan usaha bagi mencapai persetujuan rundingan.

Pergerakan mata wang Pound juga dilihat dapat memberi saingan terhadap US dolar yang kekal bertahan daripada mengalami kejatuhan seperti dagangan safe-haven lain selepas laporan berkenaan perkembangan vaksin Coronavirus.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang GBP/USD, harga telah membuat kenaikan semalam melepasi paras resistance 1.32000 dengan kenaikan harian dicatatkan sekitar 120 pips mencapai paras ketinggian 1.32800.

Trend masih dilihat bullish berikutan harga yang bergerak di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam namun masih gagal melepasi ketinggian 1.32800 yang dicapai semalam sehingga dagangan yang bersambung ke sesi Eropah hari ini.

Jika zon resistance 1.32800-1.33000 berjaya ditembusi, harga dijangkakan terus ke paras lebih tinggi menuju zon resistance 1.35000 yang telah diuji pada dagangan September lalu.

Paras tersebut juga turut gagal ditembusi ketika harga menguji pada Disember 2019 yang lalu. Pelabur akan menilai reaksi harga di sekitar zon tersebut.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 1.32000 akan kembali diuji yang membentuk zon RBS (resistance become support).

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat