Pelabur Resah Menanti Ucapan PM Johnson, Ini Kesannya Pada Pasaran!

492

Kesuraman matawang pound menghiasi sesi Eropah, dengan tumpuan pasaran kini terarah pada pengumuman daripada Perdana Menteri UK Boris Johnson sama ada sekatan coronavirus akan dilanjutkan atau diangkat sepenuhnya pada 21 Jun.

Terdahulu, terdapat laporan yang mengatakan kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan rancangan penghapusan sekatan coronavirus sehingga dua atau empat minggu.

Sehubungan itu, PM Johnson dijangka akan membuat pengumuman tersebut pada 5.00 petang waktu UK (1.00 pagi waktu Malaysia).

Pada awal sesi Eropah, matawang pound terus merosot lebih rendah dengan pergerakan harga menghampiri paras 1.4000 berbanding US dolar.

Sementara itu, permintaan terhadap safe-haven greenback meningkat, ketika pelabur mula mencari perlindungan menjelang mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar kekal didagangkan menguat di sekitar harga 90.55.

Matawang euro kekal diniagakan lemah walaupun selepas pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB), Robert Holzmann mengatakan bahawa bank pusat berada dalam zon bahaya kerana kebimbangan terhadap inflasi yang meningkat.

Walaupun bank pusat masih tetap dengan pendirian untuk mengekalkan dasar monetari semasa, tetapi kenyataan ini menunjukkan bahawa ECB mungkin akan membincangkan mengenai kenaikan inflasi pada masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat