Pelabur Saham Jangan Terlepas Tinjau Sektor Ini

2,904

Maybank IB Research telah mengulangi penarafan positifnya untuk sektor teknologi negara ini selepas yakin dengan peningkatan rantaian bekalan semikonduktor global dan domestik serta percaya prospek untuk sektor itu akan dapat dipertahankan pada masa ini.

Ini disokong oleh pemangkin utama seperti penyebaran rangkaian 5G dengan kadar penggunaan yang tinggi serta permintaan dan penawaran yang kukuh untuk peranti 5G serta subsektor yang kian berkembang termasuk automotif/kenderaan elektrik, Internet Pelbagai Benda (IoT), kepintaran buatan (AI), perubatan/sains hayat dan Industri Revolusi 4.0.

Menurut Maybank IB menerusi nota penyelidikannya, Statistik Dagangan Semikonduktor Dunia (WSTS) mengunjurkan jualan semikonduktor global meningkat 8.4% tahun ke tahun dan Persatuan Peralatan dan Bahan Semikonduktor Antarabangsa pula menganggarkan perbelanjaan peralatan fabrikasi global akan mengukuh 13% tahun ke tahun pada tahun ini.

“Kami percaya prestasi baik harga saham sektor ini serta penarafan semula penilaian disokong oleh tinjauan menggalakkan daripada rantaian bekalan semikonduktor global, pemangkin pertumbuhan pendapatan yang kukuh dalam tempoh terdekat serta kecairan domestik yang banyak.

“Sementara itu, kebanyakan syarikat perkakasan teknologi didokong oleh lampiran imbangan yang sihat dengan kedudukan tunai bersih/gearan yang rendah serta peluang penggabungan dan pengambilalihan (M&A),” ujarnya.

Pilihan utama bank pelaburan itu dengan saranan ‘beli’ termasuk Inari, Globetronics dan rontken.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat