Pelabur Tak Tentu Arah! Apa Nasib Emas Menjelang Mesyuarat FOMC?

1,821

Emas berlegar pada paras terendah empat minggu ketika pelabur menantikan pengumuman kenaikan kadar faedah yang dijangka lebih agresif oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat polisi FOMC awal pagi nanti.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diperdagangkan pada $1,817 per auns, meningkat sedikit dari paras terendah $1,805 yang disentuhnya pada sesi sebelumnya.

Sementara niaga hadapan emas pula berlegar pada sekitar harga $1,820 per auns.

Pengukuhan US dolar dan hasil bon AS terus membataskan pergerakan emas daripada memanfaatkan peluang keuntungan daripada data inflasi Amerika Syarikat yang melambung tinggi pada bulan Mei.

Indeks harga pengeluar (PPI) AS meningkat pada 0.8% pada bulan Mei, membuktikan bahawa inflasi di ekonomi gergasi dunia itu masih belum memuncak.

Susulan peningkatan tersebut, pasaran kini melihat 99.7% peluang bahawa kadar faedah akan dinaikkan sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat FOMC berbanding 50 mata asas yang pernah dinyatakan Fed sebelum ini.

Jangkaan kenaikan kadar yang agresif juga mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi, memacu penjualan selanjutnya dalam pasaran untuk aset berisiko.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat