Pelajar Universiti Ini Korbankan Wang Simpanan $27 Ribu, Tapi Berjaya Untung $2 Juta Dalam Tempoh 2 Tahun!

745

Xiuxian Du atau lebih dikenali sebagai Steven Dux merupakan seorang pemuda berusia 22 tahun dilahirkan di Chongqing, China. Bapanya bekerja sebagai ejen hartanah manakala ibunya merupakan seorang pengusaha restoran. Ketika berada di bangku sekolah, Steven merupakan seorang pelajar yang sangat nakal hingga menyebabkan beliau hampir gagal dalam pengajiannya.

Menginjak ke usia remaja, beliau memutuskan untuk berpindah ke Amerika Syarikat dan ingin memulakan sebuah kehidupan baru. Selain itu, Steven turut memasang impian untuk mendapatkan lebihan wang dan membantu kedua-dua orang tuanya.

Pada tahun pertama pengajiannya, Steven mula sedar akan bebanan hutang ditanggung oleh kebanyakan graduan serta terpaksa mengorbankan gaji yang diperolehi untuk melangsaikannya. Oleh yang demikian, beliau mencari inisiatif untuk menjana pendapatan tambahan.

Sebagai seorang pelajar antarabangsa, beliau dapati bahawa peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah sangat terhad. Pada ketika itu, salah seorang rakannya mencadangkan agar beliau menceburkan diri dalam bidang pelaburan saham.

Tanpa berfikir panjang, Steven telah membuka sebuah akaun pelaburan dan mula belajar dengan lebih mendalam berkaitan pelaburan melalui pembacaan dan rujukan daripada buku-buku dan medium pembelajaran atas talian.

Uniknya, beliau menganggap bahawa dunia pelaburan cukup sinonim dengan bidang kejuruteraan yang dipelajarinya. Melalui bidang tersebut, beliau gemar untuk mencipta sesuatu yang baharu dan memudahkan perkara yang sukar.

Berbekalkan semangat dan keberanian yang dimiliki, Steven sanggup menggunakan wang simpanannya sebanyak $72 ribu untuk melabur. Dengan ilmu yang diperolehi, beliau telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak $2 juta dalam tempoh 2 tahun!

Kini, beliau berjaya menjana keuntungan sebanyak $800 ribu dalam tempoh 2 bulan! Hebat!

Dengan kekayaan yang diperolehi, Steven telah membeli sebuah rumah mewah dan kereta McLaren bernilai $250 ribu. Selain itu, beliau mendedahkan rahsia kejayaannya ialah dengan belajar daripada kesilapan dan sentiasa menanamkan sifat sabar dalam diri. Hal ini demikian kerana terdapat ramai individu yang terlalu gopoh untuk mendapatkan lebih banyak wang sedangkan dunia pelaburan bukanlah satu jaminan untuk menjadi kaya-raya dalam tempoh yang singkat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat