Pelan Rangsangan £30 Bilion Pacu Kenaikan Harga Pada Carta GBP/USD

717

Pound Sterling catat peningkatan dalam pasaran pada Rabu susulan pengumuman pelan rangsangan fiskal bernilai £30 bilion oleh Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak yang memberi keyakinan semula kepada pelabur terhadap pemulihan ekonomi UK.

Pelan rangsangan tersebut melibatkan penciptaan pekerjaan baru yang memfokuskan kepada golongan belia di samping bertujuan untuk menurunkan kadar pengangguran.

Pada carta harga pasangan matawang GBP/USD, harga telah pamerkan kenaikan harian melebihi 100 pips ke paras ketinggian terbaru menyusuli lonjakan pada hari sebelumnya.

Kenaikan turut disokong oleh penyusutan US dolar berikutan perubahan sentimen pasaran yang kembali melemahkan semula dagangan safe-haven.

Harga membuat kenaikan semalam selepas turun menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam pergerakan harga kemudian melonjak ke paras ketinggian 1.26200.

Dagangan yang bersambung pada Khamis melihatkan momentum kenaikan harga masih diteruskan dengan harga telah bergerak lebih tinggi dari paras ketinggian yang dicapai semalam.

Harga membuat kenaikan menguji paras resistance pada 1.26500 pada sesi Eropah dengan jangkaan untuk kenaikan harga yang lebih tinggi.

Destinasi untuk kenaikan seterusnya adalah dilihat pada zon resistance pada julat harga sekitar 1.27500-1.28000.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula sehingga bergerak lebih rendah di bawah paras sokongan MA50, harga akan menuju semula pada zon RBS (resistance become support) 1.25000.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula pada zon RBS 1.23600 sebelum zon support 1.22500 akan menjadi tumpuan seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat