Pelancaran Ciri Terbaru Kripto Robinhood Ini Pastinya Buat ‘Trader’ Kripto Gembira!

1,267

Robinhood yang merupakan sebuah firma teknologi kewangan (fintech) yang berpusat di Menlo Park, California umum pelancaran tawaran perkhidmatan yag membolehkan para ‘trader’ memiliki kawalan yang lebih meluas terhadap aset kripto.

Robinhood dilaporkan sedang menguji ‘dompet kripto’ dengan para pelanggan yang terpilih. Pengumuman itu diumumkan dalam laman sesawang mereka sebentar tadi. Wallet ini akan membolehkan para pelabur berdagang, mengirim dan menerima aset kripto serta memudahkan pengeluaran aset kripto.

Ini adalah sebagai satu langkah dari Robinhood selepas menerima kritikan daripada pengguna yang mengkritik bahawa mereka seolah tidak memiliki atau kawalan penuh terhadap aset kripto.

Pengurus produk Robinhood, Aparna Chennapragada memaklumkan dalam temubual bersama CNBC bahawa pihak mereka tekad untuk perbaiki perkhidmatan tahap demi tahap. Pelanggan tertentu akan mula menguji ciri terbaru dan segala maklum balas akan disiarkan di laman seswang mereka.

Robinhood telah menceburkan diri dalam perdagangan kripto sejak tiga tahun yang lalu. Namun tahun ini menjadi tahun penting buat mereka apabila syarikat itu mencatatkan lebih separuh pendapatan dari aset kripto.

Mengikut jejak langkah Coinbase dan Gemini,Wallet terbaru ini akan membolehkan pelanggan menggumpul aset kripto mereka ke dalam satu akaun. Pelanggan kemudian boleh berdagang, menghantar dan menerima aset kripto.

Robinhood mengatakan bahawa wallet kripto ini akan mempunyai beberapa ciri keselamatan termasuk pengesahan identiti, pengesahan faktor, dan pengesahan e-mel dan telefon bagi memastikan aset kripto selamat daripada penggodam.

Setakat ini harga BTC didagangkan susut 1.60% dalam tempoh 24 jam pada paras dagangan $42,390.99.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat