Pelanggan Boleh Beli Di Subway, Bayar Guna Bitcoin!

335

Subway, antara restoran francais terbesar di dunia telah berjaya melaksanakan percubaaan pembayaran menggunakan mata wang kripto Bitcoin (BTC) di ibu negara Jerman, Berlin dan mendapat respon yang menggalakkan dari pelanggan.

Kaedah pembayaran yang melalui lapisan-2 Bitcoin iaitu Lightning Network (LN) digunakan setelah kali pertama Subway menjalankan eksperimen ke atas aset digital tersebut adalah pada 13 tahun yang lalu di Moscow, Rusia.

Menurut Daniel Hinze iaitu pemilik francais Subway Berlin, beliau berhasrat menjadikan BTC sebagai mata wang yang digunakan ramai pihak susulan telah menyaksikan 120 transaksi melalui aset digital tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Sungguhpun negara Eropah kurang berminat kaedah pembayaran melalui BTC, Hinze menawarkan diskaun 10% untuk menu footlong, marinara bakso serta scookies bagi menggalakkan para pelanggan membuat bayaran menggunakan aset digital tersebut.

Bukan itu sahaja, beliau turut melancarkan kempen selama satu minggu dalam menawarkan diskaun 50% bagi setiap pembayaran BTC.

Difahamkan juga bahawa Hinze telah memeterai perjanjian bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lipa, sebuah syarikat BTC berpangkalan di Switzerland bagi mewujudkan lokasi pembayaran BTC yang mudah untuk digunakan.

Rentetan itu, Lipa membekalkan Subway dengan peranti yang memudahkan pelanggan untuk mengimbas kod QR yang membolehkan pembayaran secara pantas dan kos rendah, namun pelanggan akan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 1%.

Diperjelaskan lagi, Hinze dan Lipa menjangkakan permintaan pembayaran menggunakan BTC akan meningkat ekoran komuniti aset digital tersebut semakin berkembang pesat di Jerman, Switzerland mahupun di seluruh dunia.

Dalam pada itu, restoran Subway buat masa ini hanya menerima pembayaran menggunakan BTC sahaja ekoran Hinze dan rakan kongsinya sungguh percaya dengan potensi aset digital tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat